BAB 1 : Pendahuluan
1.1 Definisi dan Ciri-Ciri Tamadun dan Negara Bangsa.
Tamadun berasal daripada perkataan Arab iaitu madana, mudun, dan madain. Ketiga-tiga perkataan ini membawa maksud kepada pembukaan bandar dan masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah umran, hadarah dan madaniyah.[1] Ibnu Khaldun merupakan orang pertama yang membuat kajian khusus tentang tamadun pada kurun ke-14. Dalam beberapa buku penulisannya, beliau menggunakan perkataan umran sebagai rujukan kepada tamadun. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture dan civilization yang bermaksud kebudayaan. Perkataan civilization dalam bahasa Inggeris berasal daripada bahasa Greek, civitas yang bermaksud bandar. Perkataan ini mula diungkapkan pada abad ke-18 dan digunakan pada abad ke-19.[2] Secara menyeluruh perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju.
Sejarah tamadun awal manusia berakar umbi kepada kewujudan masyarakat pada zaman prasejarah.[3] Tamadun berkembang selaras dengan perkembangan masyarakat daripada satu tahap ke satu tahap. Untuk mencapai masyarakat yang bertamadun atau bangsa yang bertamadun, beberapa perkembangan telah dilalui iaitu bermula dengan zaman Paleolitik (zaman batu), kemudian zaman Neolitik (zaman batu baru) dan akhirnya zaman sains dan teknologi. Antara ciri-ciri kewujudan tamadun dalam masyarakat dan bangsa ialah lahirnya agama dan kepercayaan, bahasa dan sistem tulisan, perkembangan teknologi dan pengkhususan, pembentukan sistem organisasi sosial, pembentukan sistem undang-undang dalam kerajaan dan pentadbiran, pembinaan bandar dan pertumbuhan pertanian dan perdagangan.[4]
Negara bangsa pula terbentuk apabila manusia berkongsi sejarah, kebudayaan, serta bahasa yang sama dan seterusnya menghasilkan satu identiti. Secara khususnya, menurut Robert Maclver, negara merupakan satu organisasi atau kesatuan yang menyelenggarakan peraturan-peraturan dalam sesebuah masyarakat di wilayah berdasarkan sistem undang-undang yang digubal oleh kerajaan yang diberi kuasa. Roger H. Soltau pula mentakrifkan negara sebagai satu badan atau autoriti yang menguruskan serta mengendalikan persoalan-persoalan bersama terhadap masyarakat.[5] Oleh yang demikian, negara dapat dirumuskan sebagai suatu wilayah yang ditadbir oleh beberapa jabatan kerajaan serta memperoleh kepercayaan dan taat setia daripada rakyat dalam peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.[6] Hal ini menunjukkan bahawa dalam sebuah negara mengandungi empat unsur yang penting iaitu wilayah, penduduk, pemerintah, dan kedaulatan.
Bangsa pula merujuk kepada penduduk yang terdapat dalam sesebuah negara. Semua negara di dunia mempunyai penduduk. Kekuasaan negara meliputi semua penduduk dalalm wilayah tersebut. Penduduk sesebuah negara mempunyai ciri-ciri khas yang membezakan daripada bangsa lain seperti kebudayaan, nilai-nilai politik dan identiti nasional. Persamaan seperti bangsa, agama, budaya dan bahasa melahirkan semangat nasionalisme yang tinggi.[7]
Secara umumnya, negara bangsa boleh ditakrifkan sebagai negara yang bebas daripada konsep dunia empayar dan dibawah kedaulatan raja mutlak. Tiap-tiap negeri mengandungi penduduk yang berteraskan sebuah bangsa, satu bahasa, satu kesusasteraan, dan satu kesedaran bahasa.[8]
1.2 Pengaruh Bahasa dalam Pembinaan Tamadun.
Dalam sejarah pembinaan tamadun, tidak ada bangsa yang membina tamadunnya atas kepustakaan[9] bahasa orang lain. Setiap bangsa walaupun kecil, membina tamadun bangsanya atas kepustakaan dalam bahasanya sendiri. Terdapat beberapa contoh negara yang membina tamadun negaranya dengan bahasa sendiri seperti Jerman, Korea dan Jepun. Begitu juga dengan sarjana Islam, mereka membina kepustakaan dalam bahasa Arab untuk membangunkan tamadun Islam. Salah satu kepentingan membina tamadun dengan bahasa sendiri ialah hanya dengan bahasa sendiri sesebuah negara mampu mencetuskan wabak ilmu. Ilmu merupakan elemen penting yang perlu ada dalam usaha untuk membina tamadun. Rakyat yang berilmu itu kemudiannya mengembangkan ekonomi negara seterusnya membina tamadun sesuatu bangsa.
Di samping ilmu, ada satu lagi unsur penting dalam membangunkan ekonomi dan seterusnya tamadun iaitu kreativiti.[10] Kreativiti dan bahasa merupakan dua perkara yang berkait rapat dalam menyampaikan ilmu. Hal ini kerana, apabila bahasa pengantar yang kita gunakan daripada bahasa kita sendiri, pemikiran kita akan bebas berfikir dan mencetuskan idea kreatif. Tetapi apabila kita menggunakan bahasa pinjaman, pemikiran kita akan tertawan dalam budaya bahasa tersebut, akibatnya kita akan jadi pengguna produk-produk budaya tersebut. Sarjana Islam Ibnu Khaldun pernah berkata :
“Bangsa yang dikalahkan lazimnya akan meniru pakaian, simbol-simbol, kepercayaan, budaya, dan amalan bangsa yang mengalahkan mereka. Tingkah laku ini disebabkan sifat manusia yang lazimnya menyangka bangsa yang mengalahkan mereka adalah bangsa yang sempurna. Tingkah laku itu mungkin berpunca daripada rasa kagum terhadap bangsa yang menakluki mereka sehingga mereka menganggap bahasa penakluk itu adalah bangsa yang sempurna ataupun disebabkan bangsa yang dikalahkan itu tidak percaya mereka dikalahkan oleh faktor-faktor biasa sahaja. Akibatnya, apabila sangkaan ini berpanjangan, maka sangkaan itu bertukar menjadi keyakinan sehingga keyakinan itu mendorong mereka mengubah ciri-ciri asli mereka. Bangsa yang kalah mungkin meniru secara tidak disedari ataupun mereka menyangka mereka kalah disebabkan kelemahan budaya atau kepercayaan mereka sendiri, padahal tidak. Sebenarnya, bangsa yang mengalahkan mereka itu adalah lebih kuat dan lebih bersatu. Akibatnya, timbullah keyakinan lain bahawa dengan meniru banga penakluk itu, maka akan terhapuslah punca-punca kekalahan mereka.”
(Ibnu Khaldun, 1332-1406) [11]
Daripada kata-kata ini menunjukkan betapa pentingnya mempunyai bahasa sendiri dalam pembinaan tamadun. Selain daripada itu, dengan adanya bahasa sendiri kita mampu mencipta tamadun tanpa campur tangan daripada pengaruh atau kuasa luar.
Bahasa mempunyai pertalian langsung sifatnya dengan pembangunan insan. Hakikat ini diterima dalam semua tamadun manusia sejak zaman-berzaman. Bahasa menjadi salah satu daripada komponen penting dalam kebudayaan dan tamadun insan.[12]
Dalam konteks Islam, akal ialah bahagian yang menjadi pusat operasi bahasa. Hal ini bermakna bahasa berkait secara langsung dengan proses akal. Ungkapan bahawa ‘manusia itu haiwan’ yang berakal boleh ditakrifkan sebagai ‘manusia haiwan yang berbahasa’ . Hal ini dikaitkan kerana dalam akal terdapat fakulti ilmu. Salah satu daripada fakulti ilmu itu ialah bahasa. Tanpa bahasa atau bahasa yang tidak keruan tidak akan mampu melahirkan pemikiran dengan baik dan berkesan. Pemikiran yang baik dan berkesan ini diperlukan dalam bidang ilmu yang merupakan bidang penting dalam pembinaan tamadun.[13]
Daripada huraian di atas, dapat dirumuskan bahawa untuk mencapai masyarakat yang bertamadun, perlu bagi setiap individu dalam masyarakat menjadi insan yang bertamadun terlebih dahulu. Maka daripada itu, pemikiran yang baik, kreatif dan berkesan perlu ada dalam diri individu bagi membantu pembinaan tamadun sesebuah negara.
BAB 2 : Peranan Bahasa Melayu dalam Pembinaan Tamadun.
2.1 Pengenalan.
Dalam bab yang lepas telah dinyatakan bahawa bahasa dan sistem tulisan merupakan salah satu daripada ciri-ciri penting dalam pembinaan tamadun. Kemajuan dalam sistem tulisan dan bahasa memudahkan dan menggalakkan interaksi antara masyarakat yang berlainan latar belakang dalam urusan pelbagai bidang seperti pentadbiran, perdagangan, penyebaran ilmu dan sebagainya.
Seperti negara Jerman , Arab, Jepun dan Korea, Malaysia juga membina tamadun dengan bahasanya sendiri iaitu bahasa Melayu.
2.2 Peranan Bahasa Melayu dalam Pembinaan Tamadun.
Dalam konteks tamadun Melayu, sejarah mencatatkan bahawa bahasa Melayu menjadi salah satu komponen penting dalam pembinaan tamadun. Pada zaman kegemilangan tamadun Melayu (sekitar abad 15, 16, dan 17), bahasa Melayu menjadi bahasa bagi semua sektor penting, seperti perdagangan, pentadbiran, perhubungan diplomatik, ketatanegaraan, perundangan, keilmuan dan kesusasteraan.[14] Dengan kata lain, bahasa Melayu berupaya menjadi sarana segala bidang utama yang menjadi syarat terbinanya sesuatu tamadun.
Bahasa Melayu yang dimaksudkan di atas adalah bahasa Melayu baku iaitu satu ragam bahasa untuk tujuan dan keperluan rasmi.[15] Dalam bentuk lisan, keperluan rasmi berlaku dalam mesyuarat, taklimat, pengajaran, dan ucapan. Dalam bentuk tulisan, bahasa baku digunakan dalam surat rasmi, arahan, pekeliling, laporan, iklan, dan sebagainya. Bahasa baku dalam konteks bahasa Melayu mungkin agak baru istilahnya tetapi sudah wujud sekian lama. Oleh sebab itu masyarakat umumnya dan golongan cendiakawan khususnya tidak seharusnya terperangkap oleh istilah atau namanya. Sekiranya istilah baku itu difahami sebagai padanan bagi standard yang lebih biasa pada kebanyakan orang, maka istilah bahasa baku itu merujuk kepada padanannya dalam bahasa Inggeris iaitu standard language, iaitu konsep yang tidak pernah ditolak oleh masyarakat yang bertamadun tinggi.[16] Kesimpulannya, bahasa Melayu baku ialah bahasa yang boleh diterima oleh kebanyakan orang pada zaman tersebut. Termasuk pada zaman awal, tetapi pada zaman tersebut tiada lagi istilah bahasa Melayu baku.
Bahasa Melayu telah mencapai tahap kebakuan yang tinggi sejak zaman bahasa Melayu klasik. Proses pembakuan bahasa yang giat dilakukan pada masa sekarang bukanlah satu perkara yang baru malah ia merupakan proses lanjutan daripada yang telah sedia ada.[17] Pembakuan bahasa tidak patut dilihat sebagai matlamat akhir dalam penggunaan bahasa Melayu, tetapi sebagai usaha untuk meningkatkan pemikiran, ilmu, dan tamadun insan.
Daripada huraian di atas dapat disimpulkan bahawa bahasa Melayu baku merupakan asas kepada pembinaan tamadun kerana bahasa Melayu inilah yang berupaya mengungkapkan pemikiran dan hal-hal daripada pelbagai bidang penting yang menjadi syarat kepada pembinaan tamadun.
2.2.1 Peranan Bahasa Melayu dalam Perdagangan.
Bahasa Melayu telah digunakan sejak beratus-ratus tahun dulu sebagai bahasa pengantar perdagangan atau bahasa lingua franca di kepulauan Nusantara. Pedagang-pedagang dari China, India dan Arab mendapati bahawa mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu ketika menjalankan perdagangan mereka sehari-hari.[18] Bahasa Melayu dijadikan alat komunikasi untuk memudahkan dan menggalakkan perdagangan di antara masyarakat atau bangsa yang berlainan latar belakang. Bukti ini menunjukkan bahasa Melayu mampu menjadi sarana komunikasi utama dalam bidang ekonomi yang membantu kepada pembinaan tamadun.
2.2.2 Peranan Bahasa Melayu dalam Pentadbiran.
Bahasa Melayu telah lama berfungsi sebagai bahasa perantara, bahasa istana, dan bahasa pentadbiran kerajaan Melayu di Nusantara. Bahasa Melayu digunakan dalam semua urusan penting kerajaan. Hal ini termasuk surat-surat yang ditulis atas urusan rasmi kerajaan seperti surat yang ditulis antara pentadbir dengan raja-raja kepulauan Melayu, surat keizinan berdagang daripada sultan kepada pedagang barat dan surat-surat rasmi yang lain. Selain itu, bahasa Melayu digunakan dalam mesyuarat dan talkimat-taklimat rasmi oleh kerajaan serta urusan yang berkaitan dengan perundangan. Hal ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu mampu mengungkapkan hal-hal dalam sistem kerajaan dengan jelas dan tepat sehingga mampu menjadi alat komunikasi dalam urusan pentadbiran.
2.2.3 Peranan Bahasa Melayu dalam Kesusasteraan.
Terdapat pelbagai karya Melayu yang menunjukkan kepada pencapaian tamadun Melayu moden, iaitu setelah kebudayaan Melayu menerima agama Islam. Antaranya ialah Sejarah Melayu, Hikayat Raja-Raja Pasai, Hikayat Aceh, dan Hikayat Patani. Karya-karya ini melaporkan secara langsung atau tidak langsung, dengan jelas atau tidak jelas tentang pencapaian kebudayaan masyarakat Nusantara dalam aspek-aspek sosial, ekonomi, dan perundangan. Kajian-kajian yang telah dilakukan melalui karya-karya historiografi ini memperlihatkan bahawa masyarakat Melayu telah mempunyai dan mengamalkan aspek-aspek tersebut secara sistematik dan konsisten. Kesimpulannya, bahasa Melayu telah digunakan dalam menghasilkan karya-karya penting ini sebagai bukti pencapaian tamadun Melayu.
2.2.4 Peranan Bahasa Melayu dalam Bidang Ilmu.
Bahasa Melayu juga dikenali sebagai bahasa ilmu. Hal ini kerana bahasa Melayu mempunyai sifat atau ciri-ciri formal yang dapat mengungkapkan sesuatu konsep ataupun proses ilmu. Antara sifat-sifat kesempurnaan itu ialah; kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan, dan keindahan. Dengan sebab ini kita dapat lihat pengunaan dan perkembangan bahasa Melayu telah menjadikannya bahasa pengucapan budaya masyarakat moden yang lebih berasaskan sains dan teknologi. [19]
Dalam bidang pendidikan, penggunaan bahasa Melayu bermula sejak awal ke-13, iaitu selepas kemasukan agama Islam ke Nusantara. Di samping itu, pedagang-pedagang dari Timur Tengah dan India yang datang ke Nusantara telah menggunakan bahasa Melayu dalam penyampaian ilmu agama Islam dan juga bahasa penulisan dalam kitab-kitab.[20] Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu turut digunakan di intitusi-intitusi pendidikan. Bahasa Melayu berfungsi sebagai saluran untuk menyampaikan ilmu sekaligus menjadi asas pembinaan tamadun yang tinggi. Melalui fungsi ini bahasa Melayu berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris, bahasa Jepun, bahasa Jerman dan lain-lain.[21] Selain daripada itu, Imam Ghazali telah membuat klasifikasi ilmu, dan beliau meletakkan bidang bahasa pada tingkat permulaan sistem pendidikan.[22]
Daripada semua bukti di atas kita dapat lihat betapa pentingnya bahasa dalam membantu pembinaan tamadun Melayu. Tanpa bahasa banyak perkara yang membawa kepada kemajuan tidak dapat dilakukan kerana bahasa merupakan alat komunikasi. Apabila manusia berkomunikasi, banyaklah perkara yang dapat dihasilkan dan ilmu pengetahuan dapat dimanfaatkan dalam pelbagai bidang sekaligus menyumbang ke arah kemajuan atau pembangunan ummah.

Bab 3 : Peranan Bahasa Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa
3.1 : Pengenalan
Dalam konteks pembinaan Negara Bangsa ia mempunyai peradabannya yang tersendiri. Di samping itu juga, terdapat pelbagai usaha ke arah pembinaannya. Sebagai contoh, usaha memantapkan integrasi nasional merupakan titik fokal yang penting dalam proses pembinaan satu-satu negara bangsa yang terserlah bagi negara majmuk seperti Malaysia. Semenjak penubuhan Malaysia sejak lebih 30 tahun yang lalu sehinggalah kini, pelbagai isu yang berkaitan dengan integrasi nasional masih lagi hangat diperkatakan. [23]
Antara isu-isu yang di utarakan termasuklah persoalan “bagaimana untuk menyatu-padukan rakyat jelata dari segi psikologi?”, wilayah-wilayah yang terpisah oleh faktor geografi dan mempunyai latar belakang kebudayaan dan sosio-ekonomi yang berbeza.[24] Memang tidak dapat dinafikan bukan mudah membina Negara Malaysia yang bersatu-padu baik dari segi wilayah mahupun etnik. Tambahan pula, Malaysia turut berdepan dengan pertembungan konfigurasi pelbagai khazanah budaya intelektual yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain. Kaum-kaum di Malaysia mempunyai sejarah tamadunnya yang tersendiri. Menyedari hakikat inilah pentingnya untuk kita merealisasikan konsep negara bangsa Malaysia yang berwibawa dan unggul.
Identiti Bangsa Malaysia pernah diajukan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia yang dikatakan mereka yang mampu mengaitkan jati dirinya dengan Malaysia, bercakap dalam bahasa Malaysia dan menerima perlembagaan negeri ini harus dilihat sebagai rangka rujuk asas apabila membincangkan soal pembinaan negara bangsa di Malaysia.[25] Rangka rujuk ini membawa kepada perbincangan untuk menjawab “siapakah orang Malaysia?”. Di sini dapat dilihat kepentingan penggunaan bahasa dalam membina negara bangsa ini.
Justeru itu, perbincangan mengenai negara bangsa bukanlah satu perkara yang mudah selagi masih wujud percanggahan pandangan dan konsepnya. Malahan, ada sesetengah pihak yang melahirkan kebimbangan bahawa perkara ini cuma impian orang Malaysia dan mustahil untuk direalisasikan disebabkan adanya percanggahan perkembangan yang cenderung ke arah perspektif segrasi daripada integrasi.[26] Hal ini disebabkan negara Malaysia ditubuhkan berasaskan masyarakat majmuk daripada bangsa yang berbeza dan dijadikan alasan kepada kegagalan untuk membina negara bangsa. Jadi, sebagai kesimpulannya perkara yang menjadi kekuatan dan kesatuan masyarakat Malaysia ialah daripada penggunaan bahasa yang sama.
3.2 : Peranan Bahasa Melayu dalam Pembinaan Negara Bangsa
Masyarakat majmuk yang yang menghuni negara Malaysia ini telah menjadi isu pokok kepada persoalan pembinaan negara bangsa sebagaimana yang dibincangkan di atas. Hal ini telah membuka mata masyarakat Malaysia juga kerajaan Malaysia tentang hakikat ini.
Sebelum kemerdekaan Malaysia, kebanyakan urusan pentadbiran dan pendidikan masyarakat di Malaysia menggunakan bahasa Inggeris. Namun setelah kemerdekaan Malaysia, negara ini mula dipersoalkan tentang jati diri bangsa Malaysia. Hal ini rentetan daripada penggunaan bahasa Inggeris yang semakin meluas sedangkan secara puratanya masyarakat Malaysia terdiri daripada Melayu, Cina dan India; jauh sekali dengan bahasa Inggeris yang langsung tidak mencerminkan bangsa masyarakat negara ini. Jadi, hal ini sangat tidak bertepatan dengan penggunaan bahasa Inggeris pada masa itu. Sehubungan dengan itu, negara mula membuat perancangan untuk menentukan bahasa yang perlu digunakan di Malaysia.
Perancangan bahasa ialah usaha-usaha yang disusun untuk membina bahasa,
menyempurnakan bentuk dan susunannya supaya bahasa itu berfungsi sebagai bahasa moden, menjadi alat penyampaian fikiran dan perasaan semasa, sesuai dengan statusnya sebagai bahasa utama sesuatu masyarakat yang aktif.[27]
Proses perancangan bahasa pada amnya meliputi empat peringkat atau tahap utama. Pertama, ialah tahap penentuan dasar, iaitu peringkat memilih bahasa yang mana, antara beberapa bahasa atau beberapa variasi bahasa yang sama, untuk dijadikan bahasa atau variasi utama (norma).[28] Tahap kedua ialah pengekodan, tahap penyusunan beberapa kegiatan atau strategi yang bertujuan untuk menstabilkan bahasa dan membawanya ke arah bentuk yang baku atau seragam (standard).[29] Tahap ketiga ialah pembinaan, tahap menyesuaikan bahasa supaya bahasa itu dapat memikul tugas-tugas baharu terutamanya untuk memperkatakan bidang sains dan teknologi.[30] Tahap yang akhir ialah pengembangan, tahap yang bertujuan untuk memantapkan penggunaan bahasa mengikut bidang atau laras tertentu, yang dicirikan dengan sifat-sifat kejelasan dan keindahan. [31]
Perancangan bahasa menjadi fenomena penting bagi kebanyakan negara baru yang sedang mengalami proses pembinaan negara bangsa selepas melalui zaman penjajahan. Perhatian yang sama beratnya yang diberikan kepada perancangan bahasa menunjukkan kerajaan sedar akan pentingnya pembangunan yang bersepadu sifatnya, iaitu pembangunan yang tidak menitikberatkan aspek fizikal melainkan aspek mental dan kebudayaan. [32]
Lantaran itu, kerajaan Malaysia telah mengkaji semula enakmen bahasa yang digunakan. Timbul kesedaran tentang penggunaan bahasa Melayu yang juga telah digunakan oleh negara sekitar seperti Indonesia, Singapura dan Brunei. Dalam hal ini, bahasa itu hendaklah kita lihat sebagai alat dan wahana asas bagi pemikiran dan ilmu. Dengan sendirinya proses pembakuan bahasa adalah satu agenda penting dalam pembinaan tamadun bangsa dan negara. Perundangan yang dikenakan terhadap bahasa menggunakan bahasa lain, tetapi semua itu adalah dasar kepada tunggak perpaduan negara. Apabila penguatkuasaan bahasa Melayu digubal, bahasa Melayu yang dibakukan ini telah mengambil tempat dalam seluruh negara Malaysia dengan peranan yang pelbagai. Selain itu bahasa Melayu diletakkan seiring dengan agama Islam dan sistem politik beraja atau sultan sebagai teras bangsa Malaysia.[33]
3.2.1 Peranan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Sebagaimana yang dinyatakan sebelumnya, sebelum merdeka negara kita
menggunakan bahasa Inggeris dalam kebanyakan urusan. Selepas Merdeka, persoalan demi persoalan diajukan kepada Perdana Menteri Malaysia yang pertama pada masa itu iaitu Tun Abdul Rahman Putra al-Haj mengenai jati diri dan identiti negara. Persoalan ini mula ditimbulkan kerana menurut mereka negara yang merdeka sewajarnya mempunyai bahasa sendiri.
Semua itu telah membawa kepada pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan Malaysia melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu (bahasa Malaysia).[34] Oleh hal yang demikian, bahasa Melayu secara automatiknya telah menjadi lambang identiti negara dan menjelaskan kepada masyarakat global tentang identiti negara Malaysia di samping menyatupadukan warganegara Malaysia. Ini semuanya merupakan bukti bahawa bahasa Melayu adalah bahasa yang mudah lentur, yakni mudah diubahsuaikan mengikut zaman.Ini juga merupakan salah satu ciri yang perlu ada pada bahasa yang dipilih sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara dalam masyarakat pelbagai bahasa. Selain daripada itu, peranan bahasa itu tidaklah sepatutnya dihadkan sebagai lambang kebangsaan semata-mata, bahkan bahasa kebangsaan itu hendaklah dijadikan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di setiap sekolah.[35]
3.2.2 Peranan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi
Bahasa rasmi merupakan bahasa yang digunakan dalam keadaan penggunaan yang rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, upacara-upacara rasmi, dalam perundangan dan perbincangan mahkamah dan sebagainya.[36] Bahasa rasmi juga dalam masa yang sama adalah bahasa kebangsaan, tetapi pada kenyataan seperti yang terbukti berlaku di negara-negara lain, bahasa kebangsaan tidak perlu sama dengan bahasa rasmi. Misalnya, di Singapura bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi terdiri daripada bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil. Jika perancangan itu dikendalikan betul-betul menurut yang terkanun, maka kesemua bahasa itu semestinya digunakan dalam urusan pemerintahan, pentadbiran dan sebagainya.[37]
Di Malaysia konsep bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi diadaptasikan dalam pelbagai bidang, contohnya dalam institusi beraja seperti perlantikan sultan mahupun Yang di-Pertuan Agong, perlembagaan sebagaimana yang terdapat di dalam rukun negara, urusan rasmi kerajaan seperti pembentangan belanjawan, dalam institusi-institusi awam mahupun swasta dan sebagainya.
3.2.3 Peranan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan
Bahasa adalah asas yang digunakan untuk menyatukan rakyat yang berbilang kaum.[38] Bahasa juga adalah bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari aspek politik dalam ideologi yang didukung oleh sesuatu bangsa dalam proses pembinaannya.[39] Langkah pertama yang harus dilaksanakan ialah penyatuan rakyat yang berbilang kaum yang merupakan warga kepada sesuatu negara. Perkara ini bukanlah sesuatu yang sukar jika rakyatnya disatukan di bawah bahasa yang sama.
Di Malaysia, apabila memperkatakan perihal usaha untuk menyatukan berbagai-bagai suku kaum di Malaysia dalam program pembinaan negara, istilah yang digunakan ialah perpaduan atau integrasi.[40] Cogan kata ‘Bahasa Jiwa Bangsa’, membawa makna bahasa kebangsaan ialah jiwa bangsa Malaysia, bukan setakat jiwa orang Melayu sahaja.[41] Hal ini terbukti sebgaimana dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 yang secara jelas menyatakan peranan bahasa Melayu sebagai alat penyatu warganegara Malaysia.[42] Kesimpulannya, penyatuan rakyat Malaysia hanya boleh dilaksanakan melalui penyatuan bahasa Melayu.
3.2.4 Peranan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu
Bahasa ilmu didefinisikan sebagai bahasa yang mempunyai ciri-ciri formal dan dapat mengungkapkan sesuatu konsep ataupun proses ilmu.[43] Di Malaysia, sebelum bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa Melayu pernah menjadi bahasa pengantar antara kaum yang berbeza-beza. Bahasa yang digunakan dalam perhubungan kaum terutama sekali orang yang tidak mempunyai pendidikan sekolah Inggeris adalah bahasa Melayu. Mereka berinteraksi antara satu sama lain bagi menyampaikan maklumat atau ilmu yang ada pada mereka yang terdiri daripada kaum yang berbeza-beza. Hal ini dapat disimpulkan, tiada alasan untuk masyarakat Melayu dalam menuntut ilmu kerana ilmu itu dapat disampaikan dalam bahasa Melayu.
3.2.5 Peranan Bahasa Melayu dalam Bidang Pendidikan
Sebuah negara bangsa yang membangun mempunyai sistem pendidikan yang mantap. Bahasa Melayu dalam bidang pendidikan bermaksud penggunaan bahasa Melayu sebagai satu mata pelajaran dan sekali gus peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu dalam sistem pendidikan.[44] Ini bermakna bahasa Melayu dalam bidang pendidikan merupakan pembaharuan daripada peranan bahasa sebagai bahasa ilmu. Di Malaysia, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar ilmu sejak kemerdekaan pada pada 1957, iaitu setelah diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 dan kemudian dalam akta Pendidikan 1996.[45]
Sehubungan dengan itu, muncul beberapa pihak yang berjuang membaik pulih bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia sehingga muncul jawatankuasa Barnes, jawatankuasa Fenn-Wu, Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ini membuktikan bahasa Melayu telah berjaya digunakan sebagai medium untuk menyampaikan ilmu dalam sistem pendidikan.
Bab 4 : Kesimpulan
4.1 : Kepentingan Bahasa Melayu dalam Pembinaan Tamadun dan Negara Bangsa
Sebagai kesimpulan, bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sesebuah negara, khususnya dalam pembentukan tamadun dan seterusnya membina negara bangsa. Melalui topik yang dibincangkan, kita dapati bahasa Melayu berperanan penting dalam membentuk ketamadunan dan negara bangsa di Malaysia.
Antara kepentingan-kepentingan bahasa Melayu pertamanya adalah menjadi lambang identiti negara berteraskan penggunaannya sebagai bahasa kebangsaan. Rentetan daripada hal inilah maka tercetusnya Kebudayaan Kebangsaan, Kesusteraan Kebangsaan, Lagu Kebangsaan dan Bunga Kebangsaan yang menjadi simbol negara Malaysia. Selain itu, bahasa ini turut menjadi alat penyatuan warganegara Malaysia yang berbilang kaum. Seterusnya membawa kepada penggunaannya sebagai alat komunikasi bagi masyarakat keseluruhannya tidak kiralah dari sudut lisan mahupun tulisan. Semasa tahap ketamadunan negara, bahasa Melayu penting dalam semua sektor pada masa itu iaitu untuk menjalankan perdagangan, pertanian, perlembagaan dan pentadbiran negara dan juga sebagai medium untuk menyebarkan agama. Dalam masa yang sama, bahasa turut menjadi bahasa media dalam menyampaikan perkembangan semasa mahupun menyampaikan hasrat pemimpin kepada golongan rakyat.
Penyampaian ilmu mahupun pendidikan kepada masyarakat menjadikan bahasa ini penting sebagai alat berfikir. Penguasaan ilmu yang mendalam membolehkan manusia bebas berfikir sama ada dari aspek untuk memajukan diri sendiri, masyarakat mahupun negara. Lantas segala hasrat mahupun idea yang diluahkan sebagai cadangan turut disampaikan dalam bahasa Melayu. Hal ini menunjukkan bahasa ini penting sebagai alat untuk menyatakan perasaan.
Melalui peranan-peranan dan kepentingan-kepentingan bahasa Melayu di Malaysia sehingga membentuk tamadun dan negara bangsa yang maju dilihat sebagai satu kejayaaan yang besar dalam pembentukan negara Malaysia. Namun hakikatnya, semua itu masih belum mencapai kejayaan yang optimum. Kenapa? Hal ini dapat dilihat apabila bahasa Inggeris masih digunakan secara meluas di Malaysia. Lebih-lebih lagi pada masa sekarang apabila bahasa Inggeris seolah-olah mula mendapat tempat dalam semua sektor penting di Malaysia bahkan hampir memonopoli sektor-sektor ini. Paling teruk apabila sistem pendidikan di Malaysia turut dicemari bahasa penjajah ini. Contoh yang paling jelas ialah penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains. Bahasa Melayu dilihat semakin terpinggir dan skop penggunaannya semakin mengecil. Peranan ahli-ahli dan pakar-pakar bahasa yang bertungkus-lumus memperjuangkan bahasa Melayu selama ini mula diketepikan. Alasannya semata-mata untuk menyaingi negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Rusia dan negara-negara barat yang lain. Hal ini tidak begitu relevan kerana sedangkan Jepun, Korea dan Jerman yang menggunakan bahasa mereka sendiri boleh mencapai kemajuan, malahan lebih canggih daripada Malaysia yang cuba menggunakan bahasa Inggeris. Contoh terdekat sebagaimana Brunei masih mampu mencapai kegemilangan walaupun menggunakan bahasa Melayu.
Oleh hal yang demikian, pihak yang bertanggungjawab haruslah sedar dan mengambil kira pendapat-pendapat masyarakat dan ahli bahasa untuk memastikan negara mampu mencapai kemajuan mengikut landasan yang betul sekaligus menjayakan slogan cemerlang, gemilang dan terbilang.
Bibliografi
Asmah Haji Omar. (1985). Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada
Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asraf , dengan kata penghantar oleh Anwar Ibrahim. (1989). Bahasa Melayu Baku Asas
Pembinaan Tamadun. Kuala Lumpur. Persatuan Linguistik Malaysia dengan kerjasama Sasbadi Sdn. Bhd.
Haron Daud. (1989). Sejarah Melayu Satu Kajian daripada Aspek Pensejarahan
Budaya. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hussein, A.Aziz Deraman, Abd. Rahman al-Ahmadi. (1993). Tamadun Melayu
Jilid II. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khasnor Johan, Mahayudin Hj Yahaya, Muzaffar Tate, Qasim Ahmad, Rozana Zubir
(1997). Sejarah Peradaban Dunia Tingkatan 4. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mohamad Yaakub Hj. Johari, Chang Shui Kiong, Mary Sintoh. Agenda Pembinaan
Negara-Bangsa Malaysia Dalam Era Kebangkitan Asia. Sabah. Institut Kajian
Pembangunan Sabah.
Mohd. Thani Ahmad, Zaini Mohamed Zain. (1988). Rekonstruksi dan Cabang-cabang
Bahasa Melayu Induk. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Mohd Bin Samsudin, Kamaruzaman Yusoff.
(1998). Sejarah Dan Proses Pemantapan Negara Bangsa Jilid II. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nurma Abd. Karim, Mohd Senu Awang, M Mascitah Mansor, Shahrazaad Hj. Muzir,
Mohamed Zuber Ismail, Khalifah Sifiah Salhudin. Bahasa Melayu Lanjutan.
Universiti Islam Antarabangsa. Divisyen Bahasa Melayu CELPAD
Sivachandralingam Sundara Raja Ayadurai Letchumanan.(2005). Tamadun Dunia. Shah
Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
12 Febuari 2009 diperolehi daripada http://www.geocitis.com/tamadun dunia ting 6/
05 Januari 2009. diperolehi daripada http://www.wikipedia .com
[1] 05 Januari 2009. diperolehi daripada http://www.wikipedia .com
[2] Ibid
[3] Khasnor Johan, Mahayudin Hj Yahaya, Muzaffar Tate, Qasim Ahmad, Rozana Zubir (1997) Sejarah Peradaban Dunia Tingkatan 4. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hal : 1
[4] Khasnor Johan, Mahayudin Hj Yahaya, Muzaffar Tate, Qasim Ahmad, Rozana Zubir (1997) Sejarah Peradaban Dunia Tingkatan 4. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hal : 7
[5] Sivachandralingam Sundara Raja Ayadurai Letchumanan.(2005). Tamadun Dunia. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm : 92
[6] Ibid
[7] Sivachandralingam Sundara Raja Ayadurai Letchumanan.(2005). Tamadun Dunia. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. hal : 93
[8] 12 Febuari 2009 diperolehi daripada http://www.geocitis.com/tamadun dunia ting 6/
[9] Kepustakaan bermaksud kesusateraan
[10] 05 Januari 2009. diperolehi daripada http://www.wikipedia .com
[11] 05 Januari 2009. diperolehi daripada http://www.wikipedia .com
[12] Asraf, dengan kata penghantar oleh Anwar Ibrahim. (1989). Bahasa Melayu Baku Asas Pembinaan Tamadun. Kuala Lumpur. Persatuan Linguistik Malaysia dengan kerjasama Sasbadi Sdn. Bhd. hal :1
[13] Ibid. hal : 3
[14] . Asraf, dengan kata penghantar oleh Anwar Ibrahim. (1989). Bahasa Melayu Baku Asas Pembinaan Tamadun. Kuala Lumpur. Persatuan Linguistik Malaysia dengan kerjasama Sasbadi Sdn. Bhd. hal :9
[15] Asraf, dengan kata penghantar oleh Anwar Ibrahim. (1989). Bahasa Melayu Baku Asas Pembinaan Tamadun. Kuala Lumpur. Persatuan Linguistik Malaysia dengan kerjasama Sasbadi Sdn. Bhd. hal: 39
[16]Ibid. hal : v
[17] Ibid. hal :9
[18] Prof. Dr. Asmah Haji Omar. (1985). Perancangan Bahasa dengan Rujujkan Khusus kepada Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hal :87
[19] Nurma Abd. Karim, Mohd Senu Awang, M Mascitah Mansor, Shahrazaad Hj. Muzir, Mohamed Zuber Ismail, Khalifah Sifiah Salhudin. Bahasa Melayu Lanjutan. Universiti Islam Antarabangsa. Divisyen Bahasa Melayu CELPAD. hal : 20
[20] Ibid. hal : 21
[21] Asraf, dengan kata penghantar oleh Anwar Ibrahim. (1989). Bahasa Melayu Baku Asas Pembinaan Tamadun. Kuala Lumpur. Persatuan Linguistik Malaysia dengan kerjasama Sasbadi Sdn. Bhd. hal : 22
[22] Ibid. hal : 2
[23] Mohamad Yaakub Hj. Johari, Chang Shui Kiong, Mary Sintoh. Agenda Pembinaan Negara-Bangsa Malaysia Dalam Era Kebangkitan Asia. Sabah. Institut Kajian Pembangunan Sabah. hal : pendahuluan
[24] Ibid
[25] Mohamad Yaakub Hj. Johari, Chang Shui Kiong, Mary Sintoh. Agenda Pembinaan Negara-Bangsa Malaysia Dalam Era Kebangkitan Asia. Sabah. Institut Kajian Pembangunan Sabah. hal : x
[26] Ibid
[27] Asraf, dengan kata penghantar oleh Anwar Ibrahim. (1989). Bahasa Melayu Baku Asas Pembinaan Tamadun. Kuala Lumpur. Persatuan Linguistik Malaysia dengan kerjasama Sasbadi Sdn. Bhd. hal: 17
[28] Ibid
[29] Ibid. hal : 18
[30] Ibid
[31] Ibid
[32] dengan kata penghantar oleh Anwar Ibrahim. (1989). Bahasa Melayu Baku Asas Pembinaan Tamadun. Kuala Lumpur. Persatuan Linguistik Malaysia dengan kerjasama Sasbadi Sdn. Bhd. hal: 18
[33] Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Mohd Bin Samsudin, Kamaruzaman Yusoff. (1998). Sejarah Dan Proses Pemantapan Negara Bangsa. Jilid II. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hal : 612
[34] Nurma Abd. Karim, Mohd Senu Awang, M Mascitah Mansor, Shahrazaad Hj. Muzir, Mohamed Zuber Ismail, Khalifah Sifiah Salhudin. Bahasa Melayu Lanjutan. Universiti Islam Antarabangsa. Divisyen Bahasa Melayu CELPAD. hal : 16
[35] Prof. Dr. Asmah Haji Omar. (1985). Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hal : 235
[36] Prof. Dr. Asmah Haji Omar. (1985). Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hal : 234
[37] Ibid
[38] Asraf, dengan kata penghantar oleh Anwar Ibrahim. (1989). Bahasa Melayu Baku Asas Pembinaan Tamadun. Kuala Lumpur. Persatuan Linguistik Malaysia dengan kerjasama Sasbadi Sdn. Bhd. hal : 21
[39] Prof. Dr. Asmah Haji Omar. (1985). Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hal : 96
[40] Nurma Abd. Karim, Mohd Senu Awang, M Mascitah Mansor, Shahrazaad Hj. Muzir, Mohamed Zuber Ismail, Khalifah Sifiah Salhudin. Bahasa Melayu Lanjutan. Universiti Islam Antarabangsa. Divisyen Bahasa Melayu CELPAD. hal : 19
[41] Ibid
[42] Ibid
[43] Ibid
[44] Nurma Abd. Karim, Mohd Senu Awang, M Mascitah Mansor, Shahrazaad Hj. Muzir, Mohamed Zuber Ismail, Khalifah Sifiah Salhudin. Bahasa Melayu Lanjutan. Universiti Islam Antarabangsa. Divisyen Bahasa Melayu CELPAD. hal : 20
[45] Ibid
thanks
ReplyDeleteu r welcome
Deleteapakah peranan bahasa dn tulisan kepada perkembangan masyarakat alam melayu
ReplyDeleteboleh terangkan?
ReplyDelete